Selamat Datang YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambri bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak

Ke Majlis Makan Malam Tautan Kasih PSKPP dan Perasmian Pembukaan di Dewan Rumpun Seri, Kolej Latihan Telekom.

PSKPP Kali Ke-40

Mengeratkan talian silaturahim di kalangan warga Pendidikan Perak.

Siapa Peserta Veteran?

Dalam acara veteran umur peserta lelaki adalah 40 tahun ke atas dan peserta wanita adalah 35 tahun di kira pada tahun pertandingan.

Undang-Undang Permainan

Undang-undang dan Peraturan Antarabangsa satu-satu permainan yang sedang berkuatkuasa sekarang digunakan.

Siapa Yang Layak Menyertai PSKPP

Seorang warganegara Malaysia yang sedang berkhidmat dan menerima gaji daripada KPM sama ada bekerja secara tetap atau kontrak.

[ LMS Juara! Tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menyumbang tenaga, masa, wang dan buah fikiran dalam menjayakan pesta PSKPP 2012!! Semoga berjumpa lagi dalam edisi PSKPP tahun hadapan! Tahniah LMS! ]

Isnin, 24 September 2012

LMS Juara Pesta PSKPP Kali Ke-40

Selaku penganjur kejohanan, Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) telah menjadi tuan rumah yang cukup baik dari segi perjalanan kejohanan. Segala prasarana dan kemudahan sukan disediakan dengan baik sekali dan penganjuran setiap acara tidak menampakkan sebarang kelemahan yang ketara.

Pesta PSKPP Kali Ke-40 telah berakhir dan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan berlangsung dengan jayanya di padang Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping. Majlis tersebut berlangsung dengan jayanya bermula pukul 4.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang.

Tuan Timbalan Pengarah Pelelajaran Perak menerima tabik hormat
Perbarisan masuk kontinjen daerah-daerah.

Maljis perasmian penutupan Pesta PSKPP dimulakan dengan perbarisan masuk kumpulan pancaragam Sek. Men. Sains Raja Tun Azlan Shah diikuti oleh kontinjen daerah-daerah yang mengambil bahagian. Seterusnya ucapan Pegawai Pelajaran Eaerah LMS iaitu En. Kamal b. Mansor dan ucapan Timbalan Pengarah Pelajaran Perak, Tn. Hj. Mohd Idris b. Hj. Ramli dan seterusnya merasmikan majlis penutupan tersebut. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pengetua-pengetua daerah LMS dan wakil-wakil PPD dari daerah masing-masing.


Tn. Hj. Zamani Abu Bakar, Penyelia Kanan Sukan, PPD LMS menerima trofi kejuaraan.
Majlis tersebut telah diserikan dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang setiap sukan yang dipertandingkan.

Nekad mempertahankan kejuaraan.
Kegembiraan jelas terpancar dikalangan peserta mahupun pihak pengurusan sukan PPD LMS apabila LMS telah dinobatkan selaku juara keseluruhan Pesta PSKPP Kali ke-40.

Secara keseluruhannya, majlis tersebut berjalan dengan lancar. Segala urusan majlis telah dirancang dan dikelola dengan baik. Majlis berakhir dengan majlis jamuan kepada perasmi dan para tetamu yang lain.


Berita oleh : Mohd Fazli b. Mohammad





Ahad, 23 September 2012

LMS Juara Pertandingan Tenis

Pemain-pemain Tenis Peringkat Akhir (LMS vs Hilir Perak)
Tahniah diucapkan kepada pasukan tuan rumah (Larut Matang dan Selama) kerana mengekalkan kejuaraan dalam perlawanan tenis akhir yang menyaksikan LMS mengalahkan pasukan tenis dari Hulu Perak di separuh akhir 2 - 0.

Manakala di peringkat separuh akhir yang kedua menyaksikan satu lagi perlawanan pertembungan antara Hilir Perak menentang Ulu Kinta dengan keputusan 2 - 0.

Pertandingan akhir telah berlangsungnya pada jam 11.00 pagi di Kelab Rekreasi Cina (CRC) yang menyaksikan perlawanan sengit antara LMS menentang pasukan Hilir Perak yang berkesudahan 2 - 0.

Pertandingan tenis ini dimenangi oleh pasukan tuan rumah iaitu Daerah Larut Matang dan Selama.

Tahniah!

Berita oleh : Rosman b. Abdullah - SMK Simpang

Kerian Ungguli Bola Sepak Veteran

Ibarat seperti hero filem Hindustan, kalah dahulu, menang kemudian.  Begitulah nasib pasukan Kerian apabila menjuarai Pertandingan Bola Sepak Veteran dengan menumpaskan JPN 2 - 1

Walaupun ketinggalan 0 - 1 kepada JPN, pasukan Kerian bangkit melawan dengan segala khudrat yang ada sehingga akhirnya menang dengan jaringan 2 - 1.  Kemenangan pasukan Kerian ini diiringi dengan hujan rahmat di padang SERATAS

Tahniah diucapkan kepada pasukan Kerian.

JPN vs Kerian

JPN vs Kerian

Pasukan Kerian dan JPN.
Peringkat Akhir Bola Sepak Veteran.

Kerian vs JPN

Berita dan gambar oleh : Mohd Syahidan, SMK Bukit Jana

Kuala Kangsar Juara Bola Sepak Senior

23 Sept. - Terbukti sudah, Kuala Kangsar berjaya menjadi juara dalam Pertandingan Bola Sepak Senior. Pasukan ini telah menewaskan JPN dengan jaringan 3 - 0.  Tahniah kepada pasukan Kuala Kangsar dan juga JPN kerana kedua-dua pasukan telah menunjukkan permainan yang menarik.

Dengan ini maka berakhirlah acara senior bagi bola sepak.  Segala kesukaran dalam permainan adalah adat. dan telah terbukti setiap pasukan mempunyai kelebihan masing-masing.

Sekalung penghargaan kepada semua pasukan yang telah menjayakan kejohanan ini. Semoga hubungan persahabatan di antara kita terus terjalin mesra bagi memertabatkan ikatan dan kerjasama dalam pembangunan sukan dan pendidikan negara.






Tahniah... Tahniah... Tahniah pada pasukan Kuala Kangsar. 
Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.
   Berita oleh : Mohd Hafizul , SMK Matang

LMS Juara Ping Pong Perempuan


Sabtu, 22 Sept 2012 - Pertandingan Ping Pong Perseorangan (P) telah tamat kira-kira pada jam 3.45 petang. Perlawanan antara Tan Shock Keng dan Quah Kah Sin sungguh menarik. Kedua-dua pemain dari LMS. Mereka menunjukkan kehebatan mereka "smash & screw ball" untuk mengalahkan pihak lawan.  Akhirnya Tan Shock Keng muncul sebagai juara. Penyampaian hadiah dijalankan kira-kira jam 4.00 petang.









Berita oleh : Jessy Tang, SJKC Hua Lian 1


Manjung dan Kinta Utara Juara Bola Tampar Lelaki dan Perempuan

Pasukan Lelaki Bola Tampar Daerah Manjung mengalahkan Pasukan Daerah Hilir Perak di perlawanan akhir manakala Pasukan Hulu Kinta menjuarai kumpulan perempuan dengan menewaskan tuan rumah, Pasukan Daerah LMS.










Berita dan gambar oleh Tan Kok Fuh.

LMS Juara Ping Pong Lelaki


Sabtu, 22 Sept 2012 - Ping Pong Perseorangan Lelaki telah tamat pada jam kira-kira 3.15pm.  Perlawanan yang hebat yang ditunjukkan oleh pemain -pemain dari LMS, Wan Mahyuddin B Wan Ambak dan Mohd Azmi B Haroud.Ling Eng Chong (Manjung) dan Foong Weng Hung (Kinta Utara) juga menunjukkan kehebatan mereka dalam perlawanan akhir.Acara Penyampaian Hadiah dilangsungkan pada kira-kira jam 4.00 petang.





Berita oleh:  Jessy Tang, SJKC Hua Lian 1

Batang Padang Juarai Badminton

Ahad, 23 Sept 2012 – Pasukan Batang Padang menjuarai pertandingan badminton PSKPP Perak tahun 2012 pada pusingan akhir yang diadakan di SMK Tengku Menteri, Changkat Jering hari ini. Mereka mengalahkan pasukan Kinta Utara dengan mata 3-2. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Kuala Kangsar mangalahkan Hilir Perak 3-1.

Keputusan penuh pusingan akhir adalah seperti berikut:

Untuk Juara dan Naib Juara:

Perseorangan Lelaki Mohd. Faizul Dahalan (Kinta Utara) kalahkan Kamarul (Batang Padang) 22-20, 21-15.

Perseorangan Perempuan Har Wei Leng (Batang Padang) kalahkan Deyana (Kinta Utara) 21-11, 21-5.

Bergu Lelaki Veteran Abdul Aziz Haji Sulaiman dan Kew Mook Kong (Kinta Utara) kalahkan Alwi dan Mansor (Batang Padang) 21-19, 21-8.

Bergu Lelaki Senior Faizal dan Nuraffendi (Batang Padang) kalahkan Maaran dan Kamarazaman (Kinta Utara) 21-14, 21-13.

Bergu Perempuan Azizah dan Ng Siew Yeng (Batang Padang) kalahkan Ooi Mee Chun dan Ng Mui Liang (Kinta Utara) 21-13, 21-17.


Bagi tempat ketiga dan keempat:

Perseorangan Lelaki Goh Chee Heng (Kuala Kangsar) kalahkan Lee Kim Wah (Hilir Perak) 21-9, 21-8.

Perseorangan Perempuan Noor Khairunnisa (Hilir Perak) kalahkan Saraneiza bt Zamri (Kuala Kangsar) 21-4, 21-6.

Bergu Lelaki Abdullah Sani dan Sivakumar (Kuala Kangsar) kalahkan Kow Guan Ming dan Wong Kin Wah (Hilir Perak) 21-11, 24-22.

Bergu Lelaki Azhari dan Ruzmi (Kuala Kangsar) kalahkan Azamuddin Ahmad Barkat dan Mohd Adib (Hilir Perak) 21-17, 21-18.

Tahniah kepada para pemenang semoga dapat mengharumkan nama Perak di pertandingan peringkat kebangsaan.


Pasukan Batang Padang juara badminton PSKPP Perak 2012

Berita oleh: Baharuddin Hashim, SMK Tengku Menteri

Persiapan Terakhir Untuk Portal, Statistik dan Buletin

Sekretariat Pesta PSKPP 2012 di Dewan Arif Budiman, PPD LMS yang melibatkan Jawatankuasa Portal, Statistik dan Buletin sibuk membuat persiapan terakhir sebelum Majlis Penutup yang akan berlangsung di SERATAS pada pukul 4.00 petang.


Sepak Takraw: Kinta Utara Juara


Kinta Utara muncul juara Pertandingan Sepak Takraw yang berlangsung di gelanggang sepak takraw, Dewan Astaka, Batu Kurau. Pasukan Kinta Utara telah mengalahkan pasukan LMS dalam perlawanan akhir sebentar tadi. 

Dengan itu, pasukan sepak takraw LMS menjadi Naib Johan. Tempat ketiga Pasukan Batang Padang dan Pasukan Hulu Perak tempat keempat.

Berita oleh: Shahbudin b Mohamad, SMK Dato' Kamaruddin
Foto oleh: Mohd Izam b Ramly, SMK Dato' Kamaruddin