Selamat Datang YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambri bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak

Ke Majlis Makan Malam Tautan Kasih PSKPP dan Perasmian Pembukaan di Dewan Rumpun Seri, Kolej Latihan Telekom.

12345 [ LMS Juara! Tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menyumbang tenaga, masa, wang dan buah fikiran dalam menjayakan pesta PSKPP 2012!! Semoga berjumpa lagi dalam edisi PSKPP tahun hadapan! Tahniah LMS! ]

Isnin, 24 September 2012

LMS Juara Pesta PSKPP Kali Ke-40

Selaku penganjur kejohanan, Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) telah menjadi tuan rumah yang cukup baik dari segi perjalanan kejohanan. Segala prasarana dan kemudahan sukan disediakan dengan baik sekali dan penganjuran setiap acara tidak menampakkan sebarang kelemahan yang ketara. Pesta PSKPP Kali Ke-40 telah berakhir dan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan berlangsung dengan jayanya di padang Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan...

Ahad, 23 September 2012

LMS Juara Pertandingan Tenis

Pemain-pemain Tenis Peringkat Akhir (LMS vs Hilir Perak) Tahniah diucapkan kepada pasukan tuan rumah (Larut Matang dan Selama) kerana mengekalkan kejuaraan dalam perlawanan tenis akhir yang menyaksikan LMS mengalahkan pasukan tenis dari Hulu Perak di separuh akhir 2 - 0. Manakala di peringkat separuh akhir yang kedua menyaksikan satu lagi perlawanan pertembungan antara Hilir Perak menentang Ulu Kinta dengan keputusan 2 - 0. Pertandingan akhir...

Kerian Ungguli Bola Sepak Veteran

Ibarat seperti hero filem Hindustan, kalah dahulu, menang kemudian.  Begitulah nasib pasukan Kerian apabila menjuarai Pertandingan Bola Sepak Veteran dengan menumpaskan JPN 2 - 1.  Walaupun ketinggalan 0 - 1 kepada JPN, pasukan Kerian bangkit melawan dengan segala khudrat yang ada sehingga akhirnya menang dengan jaringan 2 - 1.  Kemenangan pasukan Kerian ini diiringi dengan hujan rahmat di padang SERATAS.  Tahniah...

Kuala Kangsar Juara Bola Sepak Senior

23 Sept. - Terbukti sudah, Kuala Kangsar berjaya menjadi juara dalam Pertandingan Bola Sepak Senior. Pasukan ini telah menewaskan JPN dengan jaringan 3 - 0.  Tahniah kepada pasukan Kuala Kangsar dan juga JPN kerana kedua-dua pasukan telah menunjukkan permainan yang menarik. Dengan ini maka berakhirlah acara senior bagi bola sepak.  Segala kesukaran dalam permainan adalah adat. dan telah terbukti setiap pasukan mempunyai kelebihan masing-masing. Sekalung...

LMS Juara Ping Pong Perempuan

Sabtu, 22 Sept 2012 - Pertandingan Ping Pong Perseorangan (P) telah tamat kira-kira pada jam 3.45 petang. Perlawanan antara Tan Shock Keng dan Quah Kah Sin sungguh menarik. Kedua-dua pemain dari LMS. Mereka menunjukkan kehebatan mereka "smash & screw ball" untuk mengalahkan pihak lawan.  Akhirnya Tan Shock Keng muncul sebagai juara. Penyampaian hadiah dijalankan kira-kira jam 4.00 petang. Berita oleh : Jessy Tang,...

Manjung dan Kinta Utara Juara Bola Tampar Lelaki dan Perempuan

Pasukan Lelaki Bola Tampar Daerah Manjung mengalahkan Pasukan Daerah Hilir Perak di perlawanan akhir manakala Pasukan Hulu Kinta menjuarai kumpulan perempuan dengan menewaskan tuan rumah, Pasukan Daerah LMS. Berita dan gambar oleh Tan Kok F...

LMS Juara Ping Pong Lelaki

Sabtu, 22 Sept 2012 - Ping Pong Perseorangan Lelaki telah tamat pada jam kira-kira 3.15pm.  Perlawanan yang hebat yang ditunjukkan oleh pemain -pemain dari LMS, Wan Mahyuddin B Wan Ambak dan Mohd Azmi B Haroud.Ling Eng Chong (Manjung) dan Foong Weng Hung (Kinta Utara) juga menunjukkan kehebatan mereka dalam perlawanan akhir.Acara Penyampaian Hadiah dilangsungkan pada kira-kira jam 4.00 petang. Berita oleh:  Jessy Tang,...

Batang Padang Juarai Badminton

Ahad, 23 Sept 2012 – Pasukan Batang Padang menjuarai pertandingan badminton PSKPP Perak tahun 2012 pada pusingan akhir yang diadakan di SMK Tengku Menteri, Changkat Jering hari ini. Mereka mengalahkan pasukan Kinta Utara dengan mata 3-2. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Kuala Kangsar mangalahkan Hilir Perak 3-1. Keputusan penuh pusingan akhir adalah seperti berikut: Untuk Juara dan Naib Juara: Perseorangan Lelaki Mohd....

Persiapan Terakhir Untuk Portal, Statistik dan Buletin

Sekretariat Pesta PSKPP 2012 di Dewan Arif Budiman, PPD LMS yang melibatkan Jawatankuasa Portal, Statistik dan Buletin sibuk membuat persiapan terakhir sebelum Majlis Penutup yang akan berlangsung di SERATAS pada pukul 4.00 petang. ...

Sepak Takraw: Kinta Utara Juara

Kinta Utara muncul juara Pertandingan Sepak Takraw yang berlangsung di gelanggang sepak takraw, Dewan Astaka, Batu Kurau. Pasukan Kinta Utara telah mengalahkan pasukan LMS dalam perlawanan akhir sebentar tadi.  Dengan itu, pasukan sepak takraw LMS menjadi Naib Johan. Tempat ketiga Pasukan Batang Padang dan Pasukan Hulu Perak tempat keempat. Berita oleh: Shahbudin b Mohamad, SMK Dato' Kamaruddin Foto oleh: Mohd Izam b Ramly, SMK Dato'...