Tempat Menarik

Banyak Yang Menarik di Bandar Taiping

 Zoo Taiping, merupakan zoo tertua di Malaysia. Terdapat pelbagai haiwan yang menarik dan esotik. Zoo Taiping setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang.  Bayaran masuk untuk Zoo Taiping  Dewasa RM 12.00 dan kanak-kanak RM 8.00. 
 Night Safari Taiping merupakan salah satu sebab kenapa anda perlu bercuti bersama keluarga di Taiping. Anda dapat melihat habitat haiwan pada waktu malam. Dibuka pada jam 8.00 – 11.00 malam setiap hari. Bayaran masuk dewasa RM 16.00 dan kanak-kanak RM 10.00.
 Bandar Taiping berdekatan dengan pusat pengeluaran buah durian yang terbaik di Malaysia. Bukit Gantang dan Batu Kurau adalah pusat pengeluran buah durian terbaik di Malaysia dan dunia. 
 Mee Udang yang terkenal dan menjadi buah mulut orang ramai selepas disiarkan di TV3. Terdapat gerai dan restoran yang menyajikan mee udang segar, sumber hasil laut dari Kuala Sepetang. Sekali makan sudah tentu anda ingat lagi. Jangan lupa untuk merasakan mee udang Kuala Sepetang
 Kedai makan ini terkenal dengan koay teow yang dibungkus dengan daun ketapang pada suatu masa dahulu. Namun begitu, restoran ini telah berjaya mengembangkan perniagaan dan telah mula menawarkan pelbagai pilihan makanan yang lain seperti nasi goreng, koay teow sup dan sebagainya.
 Muzium Perak, Taiping adalah muzium yang tertua sekali di Semenanjung Malaysia. Penubuhannya pada tahun 1883, diasaskan oleh Inggeris dan bangunan muzium telah mula digunakan pada tahun 1886. Namun begitu bangunan muzium ini siap sepenuhnya pada tahun 1903.
 Taman Tasik Taiping merupakan salah satu taman tasik yang tertua di negara kita. Taman Tasik Taiping sangat dikenali dengan permandangan pokok-pokok besar yang merentasi jalan menghala ke tasik. Indah dan mendamaikan, ia adalah lokasi yang paling sesuai untuk menghabiskan masa bersama rakan dan keluarga tersayang.
 Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi tanah tinggi. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.
 Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut. Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai akar jangkang yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak dapat dilupakan.
 Taiping Sentral terletak di antara bandar Taiping dan bandar Kamunting. Ia dibuka setiap hari sehingga pukul 11 malam.  Taiping Sentral merupakan sebuah pusat membeli-belah yang eksklusif dan lengkap dengan tempat untuk berbelanja, berehat, makan, menonton wayang dan berhibur. Hampir kesemua barangan boleh didapati di pusat membeli belah ini. Antara restoran yang terkenal di sini adalah McDonalds, Kenny Rogers Roasters, Nasi Kandar Pelita, A&W dan Noodle Station.