Peraturan Am

PERATURAN AM
PESTA PSKPP KALI KE-40


PERATURAN AM
YANG MENGUASAI PERTANDINGAN PERMAINAN
PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PELAJARAN PERAK


1. PENGUASAAN

Semua pertandingan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan
Perak (PSKPP Perak) hendaklah mengikut Peraturan-Peraturan Am Pertandingan
Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, kecuali yang akan
dinyatakan kemudiannya.

2. PENGELOLAAN

Jawatankuasa Kerja PSKPP Perak akan menyerahkan kuasa pengelolaan semua
pertandingan permainan PSKPP Perak kepada PSKPP Daerah. PSKPP Perak boleh
menyerahkan kuasa pengelolaan sesuatu pertandingan bagi sesuatu permainan
kepada suatu jawatankuasa khas yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PSKPP Perak.

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-Undang dan Peraturan Antarabangsa satu-satu permainan yang sedang
berkuatkuasa sekarang akan digunakan melainkan sekiranya ada undang-undang khas
yang menguasai pertandingan permainan di PSKPP Perak.

 4. JENIS-JENIS PERMAINAN

1. Bola Sepak Senior (L)
2. Bola Sepak Veteran (L)
3. Bola Jaring Senior (P)
4. Bola Jaring Veteran (P)
5. Boling Tenpin (L + P)
6. Bola Baling (L)
7. Bola Tampar (L)
8. Bola Tampar (P)
9. Badminton (L + P)
10. Badminton (P)
11. Catur (L + P)
12. Congkak (P)
13. Hoki (L)
14. Ping Pong (L)
15. Jogathon (L + P)
16. Sepak Takraw (L)
17. Sepak Takraw Veteran (L)
18. Sepak Takraw Bulatan (L)
19. Tenis (L)
20. Tarik Tali (L)

5. JUMLAH PESERTA (TERMASUK PENGURUS, JURULATIH & PENGADIL)

1. Bola Sepak Senior - 21
2. Bola Sepak Veteran - 21
3. Bola Jaring Senior - 13
4. Bola Jaring Veteran - 13
5. Boling Tenpin - 8
6. Bola Baling  - 15
7. Sepak Takraw - 15
8. Sepak Takraw (V) - 11
9. Sepak Raga Bulatan - 11
10. Bola Tampar (L) - 15
11. Bola Tampar (P) - 15
12. Catur - 9
13. Congkak - 7
14. Hoki - 21
15. Ping Pong - 13
16. Tenis - 13
17. Tarik Tali - 14
18. Badminton - 14
19. Jogathon - 12
20. Kebudayaan - 3


6. KELAYAKAN

6.1 Pemain yang layak menyertai pesta ini adalah:
6.1.1 Warganegara Malaysia
6.1.2 Seorang yang sedang berkhidmat  dan menerima gaji daripada
Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada bekerja secara tetap
atau kontrak.
6.1.3 GSTT yang berkhidmat berterusan 3 bulan ke atas.
6.1.4 Pegawai Khidmat Singkat dibenarkan dengan syarat telah berkhidmat
selama 3 bulan secara berterusan.
6.1.5 Guru yang melanjutkan pelajaran secara penuh dan gajinya dibayar
oleh pihak sekolah atau jabatan asalnya.
6.1.6 Ahli PSKPP yang tidak terpilih bermain di daerah masing-masing
boleh dipilih bermain mewakili daerah lain dengan syarat:-
i) Ada membuat permohonan kepada daerah berkenaan
ii) Mendapat kebenaran daripada Pengerusi PSKPP Daerah masing-
                 masing.
6.1.7 Jika ada bantahan berkaitan dengan perkara 6.1.6 di atas dan bantahan
itu diterima maka Keputusan Pertandingan Permainan tersebut
adalah dibatalkan dan pemenang diberi kepada pihak lawannya.

6.2 Pemain yang tidak layak
6.2.1 MRSM, Jabatan Agama Islam Negeri / Swasta / Persendirian
6.2.2 Pekerja Kontrak Swasta
6.2.3 Guru Ganti
6.2.4 Ahli PSKPP yang tidak membayar yuran 2012.

6.3 Ahli-ahli gabungan MSKPPM yang membayar yuran  dan bagi Penyertaan dalam
acara veteran. Umur peserta adalah 40 tahun ke atas bagi lelaki (lahir sebelum atau pada 1.1.1972) dan 35 tahun bagi peserta-peserta wanita (lahir sebelum atau pada 01.01.1977) dikira pada 01 Januari tahun pertandingan.

6.4 Bagi pemain yang lahir pada tahun yang ditetapkan  tetapi tidak dicatatkan hari
dan bulan pada kad pengenalan mereka tarikh lahirnya adalah dianggap pada
01 Januari

6.5 Seorang pemain hanya dibenarkan bertanding /didaftarkan dibawah satu
bahagian/peringkat umur  iaitu senior atau veteran dalam satu permainan
sahaja kecuali Bowling, Jogathon dan Golf.

6.6 Pemain tidak dibenarkan mewakili pasukan persatuan lain selain daripada
negeri/daerah tempat bertugas, melainkan memenuhi syarat pada perkara
6.1.6  di atas.

6.7 Seorang pemain hanya dibenarkan bertanding / didaftarkan di bawah satu
permainan / peringkat umur iaitu senior atau veteran dalam satu permainan
sahaja kecuali golf.

6.8 Setipa peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan (ASAL)
dan Slip Gaji Asal atau Surat Tawaran Kerja secara kontrak (ASAL) jika
diperlukan.

6.9 Pegawai/Pemain yang telah bertugas /bermaian dalam PSKPP peringkat
negeri sahaja yang layak bertugas /bermain di peringkat kebangsaan dalam
bidang masing-masing.

6.10 Pengarah Pelajaran Negeri  dan Pengurusan Pasukan adalah bertanggung-
jawab sepenuhnya  pada setiap nama pemain yang didaftarkan.Sebarang
bentuk penyelewengan adalah tanggungjawab mereka dan jika berlaku
perkara seumpama ini,kenyataan bertulis hendaklah dibuat oleh jawatankuasa
Pengelola kepada Yang Dipertua MSKPPM.

7. JAWATANKUASA PENGELOLA PERMAINAN

7.1 Jawatankuasa Kerja PSKPP Perak telah melantik PSKPP Daerah LMS
untuk mengelolakan Pesta bagi Tahun 2012.

7.2 Pengelola Pertandingan akan membentuk lain-lain jawatankuasa kecil untuk
menjalankan tugas-tugas pengelolaan pesta tersebut.

8. SISTEM PERTANDINGAN

8.1 Jika 9 hingga 11 Pasukan
Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan dan atau
cara kalah mati seperti berikut:

8.1.1. Perlawanan Peringkat Awal
(Secara liga satu pusingan dalam kumpulan)
Kumpulan A - 3 pasukan ( termasuk Johan tahun lalu)
Kumpulan B – 3 pasukan ( termasuk Naib Johan tahun lalu)
Kumpulan C -  3 pasukan ( termasuk tempat ke -3 tahun lalu)

8.1.2 Perlawanan Peringkat Kedua.

8.1.2.1 Pemenang 1 dari kumpulan pusingan awal akan diundi untuk
                   diletakkan dalam kumpulan  x dan kumpulan y .Mana-mana
                   2  daripada 3 pasukan Pemenang 1 tadi akan berada dalam
kumpulan yang sama x atau y  melalui undian tersebut.Undian
                   akan dibuat selepas sahaja pertandingan pusingan awal tamat.

8.1.2.2 Pasukan Pemenang 2 dariapada kumpulan yang  berlainan
                   di pusingan awal  akan diletakkan ke dalam kumpula  x dan y.

8.1.2.3 Pasukan-pasukan dalam kumpulan x dan y  akan bermain
                     secara liga dalam kumpulan.

8.2 Jika 6 hingga 8 Pasukan

8.2.1 Pusingan Awal

8.2.1.1 Pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B

8.2.1.2 Kumpulan A
Jika 6 penyertaan : 3 pasukan
                          Jika 7 penyertaan : 3 pasukan
                          Jika 8 penyertaan : 4 pasukan
( termasuk Johan dan tempat ke 4 tahun lalu )

8.2.1.3 Kumpulan B
                          Jika 6 penyertaan : 3 pasukan
                          Jika 7 penyertaan : 4 pasukan
Jika 8 penyertaan : 4 pasukan
( termasuk Naib Johan dan tempat ke 3 tahun lalu )

8.3 Jika 5 atau kurang pasukan
Secara liga satu pusingan dalam kumpulan,pasukan yang mendapat mata
terbanyak dikira Johan dan seterusnya Naib Johan,Ketiga dan Keempat

8.4 Pertandingan terbuka
Undian dan Seeding ( jika ada akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pertandingan ).

9. PENDAFTARAN

9.1 Borang Pendaftaran
9.1.1 Tiap-tiap PSKPP Daerah dikehendaki memaklumkan penyertaan kepada
Jawatankuasa Pengelola  sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tarikh
pertandingan yang dihantar oleh Pengelola. Penyertaan melalui telefon
tidak dibenarkan.
9.1.2 Tiap-tiap pasukan PSKPP Daerah dikehendaki mendaftar nama pegawai
dan pemain dalam borang tertentu yang disediakan oleh jawatankuasa
Pengelola yang mengandungi:
9.1.2.1 Nama Penuh( mengikut Kad Pengenalan dan nyatakan sekali
                          En/Cik/Puan/Haji/Hjh)
9.1.2.2 No. Kad Pengenalan
9.1.2.3 No Gaji
9.1.2.4 Pekerjaan (Nyatakan dengan jelas)
9.1.2.5 Alamat Pejabat/Sekolah dan No. Telefon
9.1.2.6 Alamat Rumah dan No. Telefon
9.1.3 Borang Pendaftaran tersebut hendaklah diisikan dengan lengkap.
Jawatankuasa Pengelola  berhak menolak  mana-mana borang
pendaftaran yang tidak lengkap seperti  para 9.1.2  dan hendaklah
ditandatangani oleh Yang Dipertua dan Setiausaha Agung dan Cop
Rasmi.

9.2 Pakaian Pemain
9.2.1 Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian yang seragam
sesuai dengan jenis permainan yang  telah ditetapkan.
9.2.2 Nombor-nombor pada Jersi hendaklah serupa dengan nombor
               nombor yang didaftarkan dalam senarai pendaftaran.

10. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN JOHAN KESELURUHAN

10.1 Pemberian mata akan diberikan mengikut pencapaian dalam sesuatu
permainan oleh pasukan seperti berikut:

10.1.1 Johan - 5 mata
10.1.2 Naib Johan - 3 mata
10.1.3 Ketiga - 2 mata
10.1.4 Keempat - 1 mata

10.2 Sekiranya jumlah mata adalah sama maka penentuan akan dibuat berdasarkan
kepada jumlah Johan yang terbanyak diperolehi oleh pasukan tersebut.

10.3 Jika masih seri juga hendaklah dirujuk kepada jumlah naib johan dan seterusnya.
Acara jalan Kaki Ria dan Perbarisan tidak termasuk dalam pengiraan mata.

11. MENARIK DIRI DAN MENANG TANPA BERTANDING

11.1 Mana-mana pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari pertandingan setelah
bersetuju dan diterima menyertai pertandingan tersebut dan disahkan oleh
PSKPP.
11.2 Sebarang tindakan menarik diri oleh sesuatu pasukan atau peserta adalah
dianggap bertentangan dengan semangat kesukanan dan pasukan tersebut
atau PSKPP Daerah berkenaan dikehendaki memberikan penjelasan bertulis
kepada Yang Dipertua Jawatankuasa Kerja PSKPP Perak dalam masa 3 hari.
11.3 Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri daripada perlawanan semua
keputusan perlawanan yang telah disertai oleh pasukan tersebut akan
dibatalkan dan pasukan berkenaan  tidak akan dibenarkan menyertai
sebarang perlawanan seterusnya.


12. PENGGANTUNGAN

12.1 Sesuatu pasukan/pemain yang diperintah keluar padang/gelanggang dalam
masa permainan kerana tindakan tatatertib akan diminta menghadirkan diri
di hadapan Lembaga Juri Rayuan yang akan bersidang dalam tempoh masa
3 jam dari masa kejadian.Pemain/Pasukan itu tidak dibenarkan menyertai
pertandingan sehingga Lembaga Rayuan memberikan keputusannya.

12.2 Pegawai yang didapati bersalah kerana tindakan tatatertib akan dilaporkan
oleh Jawatankuasa Pengelola kepad  Lembaga Tatatertib MSKPP Malaysia.

12.3 Seseorang yang pernah digantung oleh Persatuan Sukan di peringkat
negeri  atau peringkat kebangsaan tidak boleh menyertai sebarang
permainan di dalam Pesta PSKPP Perak.

13. PENGADILAN

13.1 Hanya pegawai yang bertauliah dan berpengalaman akan dilantik untuk
bertugas di dalam pertandingan-pertandingan PSKPP Perak.
13.2 Semua pengadil yang dilantik hendaklah terdiri daripada mereka
yang bertugas dalam Kementerian Pelajaran Malaysia.
13.3 Setakat mana yang boleh  pengadil-pengadil hendaklah terdiri daripad
pasukan yang tidak terlibat  di dalam satu-satu pertandingan.
13.4 Jawatankuasa Pengelola berhak melantik Ketua Pengadi,pengadil-
pengadil lain dalam pertandingan kelolaannya.
13.5 Semua PSKPP negeri diwajibkan  membawa pengadil mengikut jenis
permainan yang disertai dan nmemastikan pengadil-pengadil berkenaan
menjalankan tugas  seperti yang dikehendaki.Kegagalan membawa
pengadil sebagaimana yang telah ditetapkan  akan dikenakan denda
RM 100.00 seorang.


14. BANTAHAN

14.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan
hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa  Pengelola atau
wakilnya tidak lebih daripada setengan jam (30 minit) selepas perlawanan
berkenaan berakhir melainkan dinyatakan  lain di dalam Undang-Undang
Permainan tersebut.
14.2 Tiap-tiap satu bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran RM 300.00
bagi acara berpasukan  dan RM 200.00  bagi acara individu  yang tidak
akan dikembalikan jika sekiranya bantahan tersebut tidak berasas.
14.3 Sekiranya ada bantahan hendaklah yang belum dapat diputuskan di dalam
jangka masa yang ditetapkan , perlawanan seterusnya hendaklah  dijalankan
mengikut  jadual dan pasukan terlibat bertanding di bawah bantahan
(Under Protest).
14.4 Jika bantahan berkaitan dengan kelayakan (status)seseorang peserta tidak
dapat diselesaikan dengan memuaskan  sebelum bertanding,bantahan
(under protest),tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja
MSKPPM.

15. LEMBAGA JURI RAYUAN

Jawatankuasa Pengelola akan menubuhkan satu badan lembaga Juru Rayuan
yang mengandungi:
15.1 Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya
15.2 Ahli Jawatankuasa : 5 orang
15.2.1 Pengerusi Jawatankuasa  permainan yang berkenaan
15.2.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola sebagai Ex-Officio
15.2.3 Tiga ( 3 ) orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat

16. LEMBAGA TATATERTIB

Lembaga Tatatertib akan ditubuhkan  oleh PSKPP Perak yang dianggotai oleh
Pengerusi : Yang Dipertua PSKPP Perak atau wakilnya
Naib Pengerusi : Timbalan Yang Dipertua atau wakilnya
Setiausaha : Setiausaha Agung PSKPP Perak
Ahli : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola permainan
yang berkenaan dan 3 orang ahli yang dilantik

17. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan
peraturan ini akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola
mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan  yang meliputi tiap-tiap satu
pertandingan  permainan yang sedang berkuatkuasa dan berhak meminda
atau menambah  mana-mana yang bersesuaian.