Kata Alu-Aluan Timbalan Pengarah Pelajaran Perak

KATA ALU-ALUAN
TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN PERAK

HAJI MOHD IDRIS BIN HAJI RAMLI, PMP., AMP.


Assalamualaikum  Warahmatullahi  Wabarakatuh  dan Salam 1Malaysia

Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran ( PSKPP ) Perak kali ke-40 pada tahun  2012 ini dapat diadakan. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada PSKPP Daerah Larut Matang dan Selama kerana telah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah Pesta PSKPP Perak tahun ini.

Penganjuran Pesta PSKPP Perak ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturrahim malah dapat menerapkan nilai-nilai murni serta meningkatkan daya saing yang sihat dalam kalangan warga pendidik serta bersesuaian dengan slogan “Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan”.  Selain itu, aktiviti sukan dapat melahirkan warga pendidik yang sihat dari segi fizikal dan mental. Di samping itu, warga pendidik juga akan dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang pelbagai kebudayaan yang terdapat di Malaysia. Saya berkeyakinan bahawa pesta kali ini akan memberi pengertian yang besar kepada para guru dan kakitangan pendidikan dari seluruh negeri Perak.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pesta ini khususnya jawatankuasa pengelola, para dermawan dan semua peserta yang mengambil bahagian dalam pesta ini.

Sekian, terima kasih.


‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’


HAJI MOHD IDRIS BIN HAJI RAMLI, PMP., AMP.
Timbalan Pengarah Pelajaran Perak