Kata Alu-Aluan Pegawai Pelajaran Daerah LMS

KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH LARUT MATANG & SELAMA

KAMAL BIN MANSOR
Assalamualaikum  Warahmatullahi  Wabarakatuh  dan  Salam 1Malaysia

Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Pesta Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Perak kali ke-40 tahun 2012 dapat dilaksanakan.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Perak yang telah memberi kepercayaan dan sokongan padu kepada PSKPP Daerah Larut Matang dan Selama untuk mengelolakan acara sukan dan kebudayaan kali ke-40 tahun 2012.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua cawangan PSKPP daerah seluruh negeri Perak atas komitmen dan kesudian mengambil bahagian dalam acara sukan dan kebudayaan yang dipertandingkan. Saya berharap melalui Pesta Sukan dan Kebudayaan ini dapat memupuk nilai-nilai murni di samping menjayakan gagasan 1Malaysia dalam kalangan warga pendidik dengan semangat setiakawan dan toleransi yang tinggi.

Akhir kata saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan sepanjang pesta ini berlangsung.

Sekian, Selamat Maju Jaya.


‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’


KAMAL BIN  MANSOR
Pegawai Pelajaran Daerah
Larut Matang dan Selama.