Isnin, 24 September 2012

LMS Juara Pesta PSKPP Kali Ke-40

Selaku penganjur kejohanan, Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) telah menjadi tuan rumah yang cukup baik dari segi perjalanan kejohanan. Segala prasarana dan kemudahan sukan disediakan dengan baik sekali dan penganjuran setiap acara tidak menampakkan sebarang kelemahan yang ketara.

Pesta PSKPP Kali Ke-40 telah berakhir dan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan berlangsung dengan jayanya di padang Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping. Majlis tersebut berlangsung dengan jayanya bermula pukul 4.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang.

Tuan Timbalan Pengarah Pelelajaran Perak menerima tabik hormat
Perbarisan masuk kontinjen daerah-daerah.

Maljis perasmian penutupan Pesta PSKPP dimulakan dengan perbarisan masuk kumpulan pancaragam Sek. Men. Sains Raja Tun Azlan Shah diikuti oleh kontinjen daerah-daerah yang mengambil bahagian. Seterusnya ucapan Pegawai Pelajaran Eaerah LMS iaitu En. Kamal b. Mansor dan ucapan Timbalan Pengarah Pelajaran Perak, Tn. Hj. Mohd Idris b. Hj. Ramli dan seterusnya merasmikan majlis penutupan tersebut. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pengetua-pengetua daerah LMS dan wakil-wakil PPD dari daerah masing-masing.


Tn. Hj. Zamani Abu Bakar, Penyelia Kanan Sukan, PPD LMS menerima trofi kejuaraan.
Majlis tersebut telah diserikan dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang setiap sukan yang dipertandingkan.

Nekad mempertahankan kejuaraan.
Kegembiraan jelas terpancar dikalangan peserta mahupun pihak pengurusan sukan PPD LMS apabila LMS telah dinobatkan selaku juara keseluruhan Pesta PSKPP Kali ke-40.

Secara keseluruhannya, majlis tersebut berjalan dengan lancar. Segala urusan majlis telah dirancang dan dikelola dengan baik. Majlis berakhir dengan majlis jamuan kepada perasmi dan para tetamu yang lain.


Berita oleh : Mohd Fazli b. Mohammad





0 komen:

Catat Ulasan