Ahad, 23 September 2012

Bola Sepak Senior: JPN, Kuala Kangsar ke Akhir

23 Sept. - JPN melawan Kuala Kangsar di perlawanan akhir. Setelah perlawanan peringkat separuh akhir berlangsung, kedua-dua pasukan ini berjaya ke akhir. 

Dengan perlawanan yang bermula lewat di antara Manjung dan Kuala Kangsar di atas sebab salah komunikasi menyebabkan perlawanan telah diubah tempat ke SMK Tengku Menteri, Changkat Jering. 

Terima kasih kepada kedua pasukan Manjung dan Kuala Kangsar kerana masing-masing  menunjukkan semangat kesukanan dan kecerian dalam menunggu perlawanan dimulakan.

JPN melawan LMS pula berkesudahan dengan seri 0-0. Pemenang ditentukan dengan tendangan penalti dan keputusannya adalah JPN (4) manakala LMS(3).
             
Manjung melawan Kuala Kangsar

LMS melawan JPN
     
Bagi tempat ketiga dan keempat ditentukan dengan tendangan penalti. Perlawanan telah diadakan selepas sahaja perlawanan separuh akhir tamat di Padang SMKDB. 

Perlawanan telah dimenangi oleh LMS yang mendapat Tempat Ketiga dan Manjung mendapat Tempat Keempat. 

Tahniah kepada semua pasukan kerana telah menunjukkan semangat juang yang tinggi, dedikasi dan penuh persahabatan.
                       
Perlawanan akhir akan diadakan di SM Teknik Taiping. Marilah kita saksikan perlawanan ini.  Jom kita!
Penalti


Berita dan gambar oleh: Mohd Hafizul, SMK Matang

0 komen:

Catat Ulasan