Sabtu, 22 September 2012

Perasmian Pembukaan & Majlis Makan Malam Tautan Kasih Pesta PSKPP 2012


21 Sept 2012, Jumaat jam 8.00 malam, Majlis Perasmian dan Makan Malam Tautan Kasih telah diadakan bertempat di Dewan Rumpun Seri, Kolej Latihan Telekom Taiping sempena Majlis Perasmikan Pembukaan Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) 2012. 

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Perak iaitu YAB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri, Barisan Exco Negeri, Adun-Adun, serta Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Perak. 

Selain daripada itu semua peserta yang terlibat dalam memeriahkan PSKPP 2012 juga turut hadir meraikan Majlis Makan Malam Tautan Kasih dan Perasmian Pembukaan Pesta PSKPP 2012.

Berita oleh: Mohd Zahid Bin Md Saripan, SMK (P) Treacher Methodist Taiping
Gambar oleh: Suhainizam Bin Ahmad , SMK (P) Treacher Methodist Taiping
















0 komen:

Catat Ulasan