Sabtu, 22 September 2012

Petanque: K. Kangsar, Kinta Utara & LMS Catat Kemenangan


Semalam (Jumaat, 21 September) berlangsung pertandingan petanque peringkat kumpulan PSKPP 2012 di Sekolah Menengah Teknik Taiping. Enam pasukan terlibat dalam pertandingan pada hari tersebut iaitu pasukan dari Kuala Kangsar, Manjong, Kinta Utara, Batang Padang, Perak Tengah dan Larut, Matang & Selama (LMS).

Acara bermula pada pukul 4 petang dan berakhir pada pukul 5:30 petang dalam keadaan cuaca yang baik.
Tiga pasukan yang berjaya mencatat kemenangan adalah pasukan Kuala Kangsar yang mengalahkan Manjong 3-0, kemudian Kinta Utara yang juga menang 3-0 mengatasi Batang Padang dan terakhir, pasukan LMS menang 2-1 menentang Perak Tengah.

Anda boleh menyemak keputusan tersebut dengan lebih terperinci di SINI.

Pertandingan peringkat kumpulan ini bersambung pada hari Sabtu, 22 September.

Koleksi gambar semasa pertandingan (klik pada gambar untuk paparan lebih besar):

    
    
    
    
    
    
    
    
    

Lagi gambar di Galeri Pesta Sukan di SINI.

Berita oleh: Azri Farhan bin Abdul Jalil, SMK Kubu Gajah.

0 komen:

Catat Ulasan