Syabas diucapkan kepada pasukan sepak takraw LMS kerana telah melayakkan diri ke peringkat akhir, seperti yang dijangka.
Permainan akhir akan berlangsung pada pukul 11.30 pagi ini. Pasukan LMS akan menentang pasukan Kinta Utara yang akan berlangsung di Gelanggang Sepak Takraw Dewan Astaka, Batu Kurau.
Sementara itu pasukan Hulu Perak dan Batang Padang sedang bertarung untuk merebut tempat ketiga dan keempat.
Jom ramai-ramai kita memberi sokongan kepada pasukan sepak takraw LMS.
Berita oleh: Shahbudin b Mohamad, SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau
Foto oleh: Mohd Izam b Ramly, SMK Dato' Kamaruddin, Batu Kurau
Tahniah
BalasPadam